PRN Sabah: Pandemik COVID-19 mungkin sebabkan peratusan mengundi kurang

2022-03-20 0

Kerisauan terhadap isu pandemik mungkin menyebabkan peratusan mengundi rendah pada Pilihan Raya Negeri Sabah hari ini.

Penganalisis Politik Sabah Dr Romzi Ationg memaklumkan, bacaannya mungkin tidak sampai 70 peratus keluar mengundi kerana isu yang membimbangkan masyarakat berkenaan.