Anwar pernah dakwa ada majoriti, akhirnya tiada - Tun Mahathir

2022-03-20 2

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tindakan yang dilakukan pemimpin terbabit bukan sahaja telah memberi kesan dalam kestabilan ekonomi negara malah turut akan menjejaskan imej Malaysia.