Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), bersama Jabatan Alam Sekitar dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd mengesahkan terdapat banyak bahan sisa haram yang dibuang ke dalam saluran pembentungan di kawasan Sungai Gong, Rawang.
Pengesahan tersebut dibuat susulan operasi yang dijalankan tiga entiti itu di kawasan tersebut malam tadi.