Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah cedera di muka akibat terkena serpihan cermin kenderaan yang dinaiki dipercayai dibaling dengan objek oleh dua individu ketika melakukan operasi.
kejadian berlaku di Kampung Cina menghala Titi Akar, Pendang ketika anggota terbabit sedang mengiringi tiga buah lori yang diambil tindakan kerana membawa lebih muatan.