Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia, SUKMA bercadang untuk mengubah modul pelaksanaan temasya itu dengan menggunakan sistem penggiliran iaitu dua tahun di negeri tuan rumah, dan dua tahun di sekitar Lembah Klang.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.