Stadium mini Jitra menjadi venue terbaharu skuad bolasepak Kedah untuk menjalani latihan menjelang pertemuan ke-9 Liga Super Malaysia menentang pasukan Sabah FA, yang dijadualkan pada Ahad.
Ianya berikutan venue asal di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, tidak dapat digunakan susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara pentadbiran (TEMCO) di daerah Kota Setar sehingga 27 September depan.