"Kita Jaga Kita Bah!"
Itu peringatan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.
Apatah lagi selepas negeri itu kini mencatatkan peningkatan kes baharu secara mendadak baru-baru ini.
Justeru, beliau mengingatkan agar rakyat negeri dan wakil yang bakal bertanding untuk mengamalkan norma baharu dan mengikuti garis panduan yang ditetapkan semasa berkempen.