Kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan pada ahad iaitu 47 kes berbanding 58 kes pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan memberitahu, jumlah itu menjadikan kes keseluruhan COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 9,915 kes.