Seorang bekas Ketua Pemisah Selatan Thailand mendedahkan harga nyawa manusia tidak berharga sepanjang berlaku konflik di tiga wilayah bergolak, Narathiwat, Yala dan Pattani.
Individu yang mahu dikenali sebagai Rani menjelaskan, sebaik menerima arahan pimpinan atasan untuk mengebom atau membunuh individu tertentu, dia akan langsaikan tindakan itu dalam tempoh kurang seminggu sahaja.