Penutupan Terminal Feri Kuala Kedah sehingga 25 September ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat secara Pentadbiran (TEMCO) dibimbangi akan menyebabkan pertambahan bilangan penumpang di Terminal Feri Kuala Perlis.
Justeru pihak Konsortium Ferry Line Ventures akan membuat permohonan kepada Jabatan Laut Malaysia bagi menambah jumlah perjalanan feri ke Pulau Langkawi dari jeti berkenaan.