Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) belum mengadakan perbincangan berhubung pelaksanaan bayaran perkhidmatan kepada pengguna platform e-Dagang. Kenyataan yang dikeluarkan KKMM itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal yang dikeluarkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kelantan semalam.