Kluster Sungai: Tujuh anggota keluarga petugas kesihatan positif COVID-19

2022-03-20 0

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan salah seorang Kakitangan Kesihatan yang disahkan positif COVID-19 dalam Kluster Sungai di Kedah dan Perlis telah menjangkiti tujuh ahli keluarganya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini seramai 23 Kakitangan Kesihatan telah dikesan positif virus itu melibatkan kluster tersebut.