Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung isu pencemaran Sungai Gong, Rawang, yang dipercayai menjadi punca gangguan bekalan air di Lembah Klang.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan dijalankan bagi meneliti unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.