Vaksin COVID-19 jadi alat timbal balik, jejas kedaulatan negara

2022-03-20 0

Perlumbaan dalam mendapatkan vaksin COVID-19 dibimbangi bakal menjejaskan kedaulatan negara. Itu kekhuatiran yang disuarakan Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani yang melihat potensi berlakunya timbal balik dalam 'diplomasi vaksin' tersebut. Katanya, badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan peringkat serantau perlu memainkan peranan dalam memastikan pencabulan terhadap kedaulatan sesebuah negara tidak berlaku.