Kerajaan menetapkan warga asing dari negara yang merekodkan lebih 150,000 kes positif COVID-19 tidak akan dibenarkan memasuki Malaysia. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara rakyat negara asing yang disekat masuk adalah dari Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, Arab Saudi dan Itali.