Dua beranak bersama seorang lagi remaja ditahan bersama dadah jenis syabu dan ganja bernilai 6.58 juta ringgit di Kangar pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, ia merupakan rampasan terbesar di negeri itu setakat ini.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek merupakan dalang dalam satu rangkaian sindiket dadah di Malaysia dan negara jiran.