Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah dimaklumkan mengenai pembayaran 681 juta dolar Amerika kepada Aabar Investment PJS Limited yang diperbadankan di Seychelles (Aabar Seychelles) pada 2014.
Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pengarah juga tidak memberi sebarang persetujuan bagi pembayaran yang dikeluarkan 1MDB Energy Holdings Limited kepada Aabar Seychelles.