YDP Agong berkenan ampuni 13 banduan seumur hayat

2022-03-20 1

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan pembebasan awal kepada 13 banduan, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pengampunan itu selaras dengan Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga susulan daripada nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.