Empat sekatan jalan raya dilaksanakan polis daerah Kuala Muda bagi membantu mengekang pergerakan keluar masuk penduduk terlibat dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Pentadbiran.
Ia susulan tiga zon di Amanjaya, Sungai Petani diisytihar sebagai lokasi pelaksanaan perintah tersebut bermula Jumaat.