Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung ketidakpatuhan SOP dalam kalangan ahli pemimpin politik ketika pandemik COVID-19. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu melibatkan proses mahkamah selain turut memerlukan pihak polis untuk membuka kertas siasatan.