Slim Memilih: 60 anggota polis bertugas pengundian awal

2022-03-20 0

Seramai 60 pegawai dan anggota polis akan bertugas bagi melancarkan proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim pada Selasa.

Seramai 267 orang anggota polis akan melaksanakan tanggungjawab mereka, termasuk 32 orang pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis yang telah bertukar daripada IPD Muallim.