Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menolak cabaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) menunjukkan perlembagaan dan intitusi Yang Dipertua Negeri Sabah dipertahankan.
Sambil menyambut baik keputusan itu, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu turut menepis andaian bahawa beliau mempunyai kuasa 'mutlak' untuk membubarkan dun sabah pada 30 Julai lalu.