Ahli Jawatankuasa Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra di Gua Musang, Kelantan memanfaatkan wang derma orang ramai apabila membuat kegiatan ekonomi bagi menjana pendapatan masjid.
Imam tua masjid berkenaan, Othman Saufi berkata, mereka tidak mahu bergantung kepada derma semata-mata apabila telah mewujudkan pusat cuci kereta, bilik penginapan, kedai mini, penyewaan dewan dan kebun buahan-buahan di sekitar masjid berkenaan.