Tulang ditemui sah milik Anna Jenkins

2022-03-20 0

Polis mengesahkan, ujian DNA ke atas tulang pinggul yang ditemui di sebuah kawasan hutan di George Town pada 24 Jun lalu, sepadan dengan DNA Anna Jenkins, warga Australia yang dilapor hilang di Pulau Pinang pada tahun 2017.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kimia berhubung ujian itu pada Isnin.