Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM372 ribu bagi membolehkan sebuah syarikat ditawarkan projek.
Dia membuat pengakuan itu dihadapan hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.