Perdana Menteri dan Menteri Kabinet Lubnan umum letak jawatan

2022-03-20 0

Perdana Menteri Lubnan meletak jawatan pada Isnin susulan letupan di pelabuhan Beirut minggu lalu yang mencetus kemarahan orang ramai dan tunjuk perasaan besar-besaran.

Dalam ucapan ringkas di televisyen, Hassan Diab menyatakan beliau mengundurkan diri agar dapat berdiri bersama rakyat dan berjuang untuk perubahan bersama mereka.