Sementara itu, penunjuk perasaan di Beirut terus melepaskan kemarahan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab susulan letupan yang mengorbankan hampir 160 orang pada Selasa lalu.
Penunjuk perasaan bertindak ganas dengan membaling batu kepada pasukan keselamatan ketika tunjuk perasaan tersebut.