Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong, Sungai Petani pada pagi Jumaat.
Dalam kejadian pada 5.10 pagi itu, Muhammad Aslam Ahmad, 31 tahun, yang berasal dari Melaka maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.