Pelanggan kedai nasi kandar kluster Sivagangga kongsi pengalaman

2022-03-20 0

Hampir seminggu terpaksa putuskan hubungan dengan keluarga walaupun tinggal serumah.

Itu luahan salah seorang pelanggan tetap sebuah restoran di Napoh, Kedah yang menjadi punca kluster sivagangga sejak minggu lalu.

Menurut penduduk Kg Charok Mokkan itu, Rejab Abu Bakar, 62 tahun, ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan dia mula berasa bimbang selepas mengetahui kes jangkitan dikaitkan dengan restoran terbabit.