Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Lubnan berikutan tragedi letupan di pelabuhan Beirut yang menggemparkan negara itu, pada Selasa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kemas kini dalam akaun Facebooknya memberitahu, kerajaan dan rakyat negara ini bersimpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian tersebut.