Kerajaan sedang mengkaji keperluan menggubal undang-undang khusus bagi menangani kes penghinaan mahkamah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, berkata buat masa ini negara tidak mempunyai undang-undang khusus dalam perkara tersebut dan hanya bergantung kepada prinsip undang-undang umum.