Lelaki Nepal ditahan pukul pengawal keselamatan

2022-03-20 2

Polis menahan seorang lelaki warga Nepal bagi membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan jam 5 petang Isnin, hasil kerjasama Kedutaan Nepal di Malaysia dan orang awam.