Kluster Sivagangga: Kedah laksana TEMCO, 5 sekolah ditutup

2022-03-20 0

Kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk melaksanakan Targetted Enhancement Movement Control Order (TEMCO) di empat mukim susulan penambahan 11 kes positif COVID-19 bagi Kluster Sivagangga, pada Ahad.
Antara mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap.