Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Mujibu Abd Muis menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi ujian sebenar bagi Perikatan Nasional.
Jelas beliau, demografi politik Sabah sebelum ini dilihat berpihak kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) terutamanya di kawasan timur negeri itu.
Justeru, PRN yang bakal diadakan akan menyaksikan bagaimana penerimaan rakyat terhadap Perikatan Nasional di Sabah.