Antara ribuan penyokong yang hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ada segelintir individu yang kelihatan tidak dapat mengawal emosi mereka selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas tujuh tuduhan berhubung dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.