Datuk Seri Najib Tun Razak tiba sekitar jam 9:30 pagi. Beliau dilihat memakai sut berwarna coklat dan pelitup muka. Beliau turut diiringi Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Najib yang diwakili Peguam Bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.