Pengarah syarikat pengiklanan dituduh kemuka 12 dokumen palsu

2022-03-19 0

Seorang Pengarah Syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu berjumlah 10 juta ringgit bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.
Tertuduh Ibrahim Omar, 48 tahun membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad dan Hakim Azura Alwi.