Kerajaan Kedah alu-alukan cadangan penyelesaian banjir

2022-03-19 0

Banjir di Baling bukan kali pertama berlaku malah ia sudah berulang kali. Sehubungan itu kerajaan negeri sedia mendengar pandangan pelabagai pihak untuk mencari penyelesaian tuntas.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata satu mesyuarat khas akan diadakan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran JPS Kedah pada Ahad.