Ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad turut membangkitkan masalah polarisasi kaum di Malaysia.
Beliau yang juga bekas Perdana Menteri, menegaskan hanya kerana bimbang dan takut menyebut isu perkauman, ia tidak boleh menyelesaikan masalah itu.
Malah ia boleh menjadi lebih meluap-luap, sekiranya tiada tindakan diambil.