Sebanyak 169,728 penerbangan termasuk domestik dan antarabangsa dibatalkan berikutan penularan pandemik COVID-19, pada enam bulan pertama tahun ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 114,693 membabitkan pembatalan penerbangan domestik manakala selebihnya adalah penerbangan antarabangsa.