Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengkaji untuk memasukkan jenayah komersial dalam talian sebagai tumpuan khusus selaras dengan usaha untuk mengekang jenayah itu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said memberitahu, ia adalah kerana setakat ini jenayah penipuan itu belum dimasukkan di dalam jenayah indeks PDRM.