Solat Jumaat kekal dilaksanakan satu sesi sahaja, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam baru-baru ini.