Ganti PLKN, BTN: Perlu holistik, bukan lagi doktrin anak muda

2022-03-19 0

Perubahan zaman dan teknologi semasa memerlukan satu pendekatan holistik yang baharu dalam menyemai semangat patriotik dalam kalangan anak muda di negara ini. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan modul kepimpinan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau Biro TataNegara (BTN) yang pernah dilaksanakan sebelum ini dilihat hanya bersesuaian pada ketika waktu itu sahaja.