Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto sedang mempertimbangkan untuk merujuk Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataan 'gelap' dan 'bedak' yang disifatkannnya sebagai rasis.
Kata Kasthuriraani, tindakan 'mengheret' Abdul Azeez ke jawatankuasa itu dipercayai yang terbaik buat masa ini.
Tegasnya meskipun Dewan Rakyat memberi kebebasan kepada ahli dewan, namun kebebasan itu tidak seharusnya disalahgunakan.