MAB tawar diskaun 20 peratus tambang kepada guru, pensyarah, pelajar

2022-03-19 0

Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob berkata ia hasil perbincangan antara Kerajaan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan MAB.
Jelasnya, inisiatif itu dibuat bagi mengurangkan beban para guru, pensyarah dan pelajar yang perlu memulakan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh terdekat.