Muhammad Khalid Jamlus meniti zaman gemilang dan mewarnai saingan Liga Malaysia bersama 6 pasukan sepanjang 13 tahun dalam kancah bolasepak profesional . Kudrat yang dicurahkan bukan calang-calang sehingga pernah diangkat sebagai pejuang di negeri kelahirannya, Perak.
Namun langit tidak selalunya cerah. Dan betul kata pepatah, hidup umpama putaran roda.
Selepas menikmati zaman kemasyuran, Khalid kini ibarat hilang arah dan melalui detik sukar dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Nadi Arena singkap perjalanan terkini khalid jamlus dalam menempuhi perjalanan hidupnya.