Polis menahan seorang lelaki kerana menyerang dan mengugut anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas keretanya disaman di brickfields.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, kejadian melibatkan seorang anggota penguatkuasa yang sedang menjalankan tugas di Jalan Rakyat, pada Sabtu.