Perikatan Nasional (PN) tetap akan menjalankan sesi Post-Mortem melibatkan semua parti gabungan selepas keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Chini diketahui.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu akan dibuat tanpa mengambil kira keputusan PRK Dun Chini yang dijangka diketahui malam ini.