Sebuah syarikat pembinaan ada mengeluarkan tiga cek berjumlah lebih RM1 juta atas nama tetuan Lewis Co yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Paul Latimer, 78, Pengarah Syarikat Cergas Murni Sdn Bhd, berkata sebahagian daripada jumlah itu bertujuan pembayaran wang perlindungan kepada samseng.