Polis menahan 55 orang termasuk pengunjung pusat hiburan dan rumah urut kerana kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada hari ke-21 pelaksanaannya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 11 individu direman manakala 44 lagi dikenakan kompaun.